Daging 67 - Cube Roll

Daging yang berasal dari bahagian belakang.Daging cube roll (D67) meyerupai dengan sirloin dari segi rupa.D67 diambil diambil dari bahagian belakang,dipotong dari rusuk keempat hingga rusuk kedua belas.Berat untuk daging ini untuk setiap kotak adalah 20kg.

Daging 66 - Trimming

Untuk daging Trimming terdapat tiga jenis iaitu Special Trimming 24kg dan Safa 20kg.Daging jenis ini banyak digunakan untuk membuat Serunding dan juga daging burger

Daging 65 - Blade

Berat satu kotak untuk daging Blade ialah 20kg.Blade (D65) terletak di bawah bahagian daging Chuck dan daging ini mempunyai kandungan lemak yang sedikit.Jadi untuk masak steak menggunakan daging ini adalah bersesuaian.

Daging 64 - Chuck Tender

Chuck Tender adalah dari bahagian  daging lembu peha depan.Daging ini dipotong biasanya pada ketebalan 2-3 cm.Daging ini mengandungi sedikit lemak berbanding dengan dengan bahagian lain

Daging 62 - Brisket N.E

Brisket N.E merupakan bahagian dada dan juga rusuk.Brisket mempunyai bentuk memanjang dan paling banyak mengandungi lapisan lemak.Jika dibandingkan dari segi kelembutan daging dengan daging tenderloin,daging ini kurang lembut berbanding dengan daging tenderloin.

Striploin - D46

Daging ini adalah daripada  bahagian belakang.Daging ini memanjang dari bahagian depan hingga ke belakang.Berat per karton striploin india ini ialah Packaging ialah 20kg.

Daging 61- Brisket PE

Brisket PE adalah bahagian daging daripada bahagian dada bawah lembu.Berat untuk setiap karton adalah 20kg.Sekirannya anda ingin memasak rendang,kari dan kurma.Disebabkan daging ini adalah daripada otot yang banyak bergerak,dagingnya agak liat berbanding dengan bahagian daging lain.Daging ini sangat sesuai untuk jenis masakan yang mengambil masa yang lama atau merebus.

Daging 44 - Silverside

Silverside adalalah dari bahagian tepi peha belakang.Daging ini mempunyai selaput dan berotot ia menjadikan daging Silverside ini agak liat berbanding dengan daging lain.