Pada 1 September 2009 telah tertubuhnya syarikat ZS.Armin Sdn.Bhd,ia adalah 100% hakmilik syarikat bumiputra dan telah beroperasi lebih dari 6 tahun di malaysia.Di awal penubuhannya aktiviti penjualan daging telah dijalankan di pasar borong Selangor.Setelah mendapat sambutan yang memberansangkan ZS Armin telah memulakan sewaan bilik sejuk beku di pasar borong selangor bagi memenuhi permintaan dan juga megekalkan kualiti daging yang hendak dijual supaya berada dalam keadaan yang baik sebelum dijual kepada pelanggan.

Pada Jun hingga Disember 2014 pendapatan tahunan ZS Armin telah mencapai sehingga RM 12 juta.Pada tahun 2015 ZS Armin telah memindahkan stok pasar borong ke tapak kilang untuk penyimpanan stok secara berpusat supaya sistem penghantaran kepada pelanggan menjadi lebih sistematik dan kawalan terhadap daging di bilik sejuk beku dapat dilakukan dengan lebih baik lagi.Pada ketika ini ZS Armin Sdn Bhd adalah antara pengusaha pegimpot daging sejuk beku muslim terbesar yang mengedarkan jualan di pasar-pasar borong,restoran dan juga mengikut tempahan pelanggan.